Dulu-dulu waktu jiwa muda. Dapat benda baik je tak mahu share. Kedekut gila. Allah tak suka orang kedekut ni. Kalau dulu benda baik tu lebih kepada makanan lah. Even air pon tak mahu share dengan adik-beradik. Haha, yang ini mengumpat adik kami. Sebab dulu waktu kecil, dia kedekut banyak. Minta air sikit pon tak kasi. Ciss kedekut kau !
Bila sudah besar, benda baik itu boleh jadi dalam banyak bentuk dan lagi luas skopnya. Macam ilmu dan apa lagi eh??. Sekarang bila dah besar kedekut tu hilang lah sikit. Benda baik pon banyak je yang nak di share.Tapi kan ada sesetengah orang (hah! Ini tak mengumpat sesiapa pon. Sesiapa yang makan cili pedas lah kamu rasa, ye tak. Sape soh kedekut sangat) kenapalah kedekut ilmu sangat. Tidak faham kami. Kami ni hah, kalau la pandai, memang lah semua ilmu kami nak bagi
He he.maksud kedekut ilmu di sini , bukan lah tak bagi meniru. Tapi, kalau ada orang tanye soalan homework ke tugasan ke , apa lah salah nye ajar. Ini tidak, ditegurnya lagi sebab banyak tanya (Pernah kena, SEDIH :( ). Banyak tau kelebihan mengajar orang yang bertanya ni. First, kami impress dengan kepandaian kamu. Kedua, yay ilmu kamu tersebar luas. Ketiga, yay lagi kamu dapat pahala (tang ni, kalau kamu ikhlas mengajar lah )
Termasuklah dengan benda-benda lain. Macam voucher ke, kupon ke (Maaf, kami tak tahu contoh lain , benda apa yang boleh dishare, so kami bagi contoh ni ). Nasib lah kan kalau ada kaum kerabat yang selalu dapat voucher McD le, Nando's le (Makanan juga yang jadi pilihan. Ate, voucher lain ape ek ? ). Boleh lah tumpang sekaki kan. Yang share tu, Alhamdulillah. Semoga rezeki kamu melimpah ruah. Yang menerima tu , cubalah belajar memberi juga. Toot.
Rezeki masing-masing. Bukan nak meminta pon. Cuma minta, jangan sekat rezeki orang, boleh ?
P/s. Bestnya, dulu abah selalu dapt voucher Nando's. Dapat lah juga rasakan.
No comments:
Post a Comment