Friday, June 8, 2012

Rezeki : Benda baik kongsi pon tak apa !

 Hehe...

Dulu-dulu waktu jiwa muda. Dapat benda baik je tak mahu share. Kedekut gila. Allah tak suka orang kedekut ni. Kalau dulu benda baik tu lebih kepada makanan lah. Even air pon tak mahu share dengan adik-beradik. Haha,  yang ini mengumpat adik kami. Sebab dulu waktu kecil, dia kedekut banyak. Minta air sikit pon tak kasi. Ciss kedekut kau !

Bila sudah besar, benda baik itu boleh jadi dalam banyak bentuk dan lagi luas skopnya. Macam ilmu dan apa lagi eh??. Sekarang bila dah besar kedekut tu hilang lah sikit. Benda baik pon banyak je yang nak di share.Tapi kan ada sesetengah orang (hah! Ini tak mengumpat sesiapa pon. Sesiapa yang makan cili pedas lah kamu rasa, ye tak. Sape soh kedekut sangat) kenapalah kedekut ilmu sangat. Tidak faham kami. Kami ni hah, kalau la pandai, memang lah semua ilmu kami nak bagi. Termasuklah, kami tak kisah pon kalau orang nak tiru homework, tugasan kami ( kalau kamurang tak boleh jawab exam bukan salah kami , he). Tapi, sebab kami ni tak berapa pandai, takde orang pon nak tiru homework kami. Haha. Kami tiru orang banyaklah.

Kejap, yang meniru ni bergantung kepada situasi lah. Habis semua nak meniru. Kesian juga yang bagi tiru. Kadang -kadang markah mereka lagi sikit dari yang meniru. Jadi, tiru tu biarlah berpada. Ke ???
He he.maksud kedekut ilmu di sini , bukan lah tak bagi meniru. Tapi,  kalau ada orang tanye soalan homework ke tugasan  ke , apa lah salah nye ajar. Ini tidak, ditegurnya lagi sebab banyak tanya (Pernah kena, SEDIH :(   ). Banyak tau kelebihan mengajar orang yang bertanya ni. First, kami impress dengan kepandaian kamu. Kedua, yay ilmu kamu tersebar luas. Ketiga, yay lagi kamu dapat pahala (tang ni, kalau kamu ikhlas mengajar lah )

Termasuklah dengan benda-benda lain. Macam voucher ke, kupon ke (Maaf, kami tak tahu contoh lain , benda apa yang boleh dishare, so kami bagi contoh ni ). Nasib lah kan kalau ada kaum kerabat yang selalu dapat voucher McD le, Nando's le (Makanan juga yang jadi pilihan. Ate, voucher lain ape ek ? ). Boleh lah tumpang sekaki kan. Yang share tu, Alhamdulillah. Semoga rezeki kamu melimpah ruah. Yang menerima tu , cubalah belajar memberi juga. Toot.

Rezeki masing-masing. Bukan nak meminta pon. Cuma minta,  jangan sekat rezeki orang, boleh ?

P/s. Bestnya, dulu abah selalu dapt voucher Nando's. Dapat lah juga rasakan. 

Thursday, June 7, 2012

GushCloud


Ye, semalam Moja  ada ajar macamana nak dapatkan  duit dengan hanya  click je melalui GushCloud . Thnx Moj :)


Senang aje. Tapi ingat!!!  Aktiviti ini hanya sesuai bagi mereka yang sabar dan selalu berprasangka baik. He. Kenapa pulak  bersangka baik nak kena ada.


Sebab dulu dulu, waktu Moja selalu post link dari GushCloud ni kat twitter dia,  ingatkan benda tu spam. Bila dah berprasangka buruk macam tu, memang tak lah link tu diklik. Lepastu memang tak lah points tu nak naik. Lepastu memang tak lah duit tu nak ade.Tak faham eh. Nantilah. Baru tahu kalau yang dekat twitter , kita gush je link terus earn point. Tak payah nak tunggu orang klik link itu. 


Kedua pula, tadi pegi post link GushCloud ni kat inbox adik . Tahu tak dia yang berprasangka buruk tu kate ape ?. Mende ape kau ni. Tak habis2 dengan mesej berantai. Tengok!!! Sangat berprasangka buruk.


Kena sabar tu pula sebab,  memang tak lah duit tu meningkat sampai RM100 dalam masa sehari. Ambil masa lah jugak. Tapi tadi kan, baru je register GushCloud ni.  Duit dalam wallet dah ada RM5. Baru sehari. Pencapaian tu. Moja pulak dalam 2-3 bulan ni, dia dah dapat RM70.


Jadi, apa tunggu lagi!!


Mari register !!.. Ni hah link kat bawah ni,


http://gushcloud.com/?gcref=7D5PK9SXDP3WRP4J








Wednesday, June 6, 2012

2012 Comeback

Kembali noob. Comeback selepas 2 tahun. Tapi tak ade album eh.
Kenape album? Ye lah orang biasa buat comeback kena ada album.
Ada yang tak faham lah tu. Siapa suruh tidak berhibur.


Dah lama tidak menulis. Perasaan kembali nak menulis timbul sebab sem ni ade tesis. Ada kena mengena... ke? Padahal penulisan blog same pula dengan penulisan  tesis.


Tapi betul lah kan. Musim peperiksaan akhir tambah pula dengan projek asyik nak merapu je. Itulah sebabnya terasa mahu merapu dalam blog. Nak hilangkan tekanan lah ni.




Selamat menempuh study week semua!